Pages

Money wang fulus duit

Nama aku DUIT,
kadang org panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi.
Rupa aku biasa je,
badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku.
Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia,
kerana manusia mengidolakan aku.
Ramai orang merubah keperibadiannya,
mengkhianati kawan,
memutuskan persaudaraan,
menjual maruah,
malahan meninggalkan keyakinan imannya,
demi aku!
Aku tak mengerti perbezaan orang senang dgn orang susah,
tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat,
menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.
Aku bukan Iblis,
tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku.
Aku juga bukan orang ketiga,
tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.
Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku.
Sangat jelas juga aku bukan tuhan,
tapi manusia menyembah aku seperti tuhan,
bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku,
padahal seringkali mereka diingatkan supaya jgn sesekali menjadi hamba duit.
Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun tetapi ramai orang yang rela mati demi aku.
Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat tetapi aku tidak mampu untuk memanjang kan jangka hayat hidup seseorang.
Sedarkah anda,
aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya.
Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam.
Walhal,
tidakkah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.
Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu.
Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya.
Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya. .
Yang benar,
Duit..

Apa yang aku suka

Jangan kacau
Jangan halang
Jangan kutuk
Dengan apa yang aku minat!
Jangan masuk campur, hati aku!

Biar hati aku yang berkata
Biar dia buat keputusan sendiri
Kalau itu yang terbaik

Engkau aku

Biarlah
Apa yang aku buat 
Untuk kebahagian aku sendiri
Jangan pernah masuk campur

Memang yang rapat dengan aku saja tahu aku macam mana
Tapi yang langsung tak kenal aku
Yang tak nampak aku
Semua kata engkau jauh lebih baik dari aku
Dan apa yang diorang tahu pasal engkau
Tak sabar aku untuk menunggu kebenaran keluar
Engkau takkan terlepas
Mungkin sekarang engkau akan terlepas
Semua pandang baik

no tittle

Kenapa aku benci kau
Sebab saat aku bahagia
Mesti kau kacau

Perasaan

Sekarang aku tunjuk perasan aku
Aku buat apa aku rasa
Aku cakap apa aku tak puas hati
Maafkan aku
Kalau kau terasa aku
Tapi memang itu yang aku rasa selama ini
Apa yang aku buat
Apa yang aku tunjuk
Apa yang aku cakap
Aku harap kau faham
Aku tahu kau perasan apa yang cuba aku sampaikan
Alhamdulillah
Kau faham
Kadang aku rasa bersalah
sebab kau lebih tua dari aku
Tapi bagi aku kali ini saja aku tunjukkan
sampai bila lagi aku nak simpan
Semua yang aku buat
Semuanya lebih bagus dari dia
Tapi kau masih lebihkan dia
Maafkan aku
kalau terlalu menunjuk perasan
Mungkin tak patut untuk aku tunjukkan
Habis itu apa perlu aku lakukan
Berdiam diri
Tolong keperitan aku dan cukup
Air mata sudah berlinangan
Hanya perlu tutup mata air akan tumpah
Bukan tujuan aku untuk membuat kau terasa
Bukan tujuan aku untuk membuat kau sedih pada diriku
Tapi ini hanya untuk menghilangkan kesedihanku
Sampai bila perlu aku menangis dibilik ditandas
Sampai bila perlu aku menahan tangis lalu berlari ke atas melepaskannya dibilik
Sampai satu ketika aku akan tunjukkan siapa diri aku sebenarnya
Nantikan aku
Jangan halang aku
Aku bina kebahagiaan aku sendiri

Benda yang paling takut

Benda yang paling
Aku takut ialah
Orang yang aku sayang
Cuba untuk lupakan aku
Apa kau rasa

Aku akan dapat

Jangan risau
Aku berusaha
Suatu hari nanti
InshaAllah aku akan dapat
Aku akan terus mencuba

Engkau beri padanya
kerna kau pasti dia takkan berusaha
Dia hanya perlu disuap suap sehingga besar
Dia malas

Dan kau tahu aku ini akan dapat
Kerna aku sering berusaha
Kau nampak itu
Tapi dia apa

mana sokongan untukku


Adil

Aku masih tak faham

Kenapa orang yang bagus
Selalunya dilayan buruk

Kenapa orang yang pandai
Buruk latar belakangnya

Kenapa orang yang degil
Diberi macam macam

Kenapa orang yang bodoh
Apa di nak semua dapat

Kenapa orang yang berusaha
Mesti tak dapat

Kenapa orang yang malas
Semua ada walaupun dia taknak

Kenapa orang yang rajin
Semua orang tak nampak kerajinannya

Kenapa orang yang malas
Juga tak nampak
hanya nampak ketika rajin

Kenapa orang yang pendek
Lagi dipandang rendah

Kenapa? itu sudah ditakdirkan,
Allah maha Adil, ada hikmah semua ini.
Hanya perlu bersabar.
Suatu hari nanti pasti ada yang baik.

Our conversation

Aku yang memulakan perbualan
Dan engkau mengakhirinya
Apa tak seronok ke berbual dengan aku
Oh ya aku siapakan?
hanya penyibuk saja

Aku yang menanyakan satu soalan
Dan engkau menjawab satu jawapan
Oh ya memanglah soalan harus dijawab
Bukan dijawab dan disoal kembali
Bodoh juga aku ni kan
Okay takpalah kalau macam tu
Tapi aku pelik kenapa ditanya lima soalan tapi dijawab hanya dua
Okay mungkin kau tak perasan

Aku yang sering semangat berbual dengan kau
Tapi dapat balasan hanya "oh yeke" "oh okay" "iye"
Janji kau balas

Kau yang selalu tak balas mesej aku
Dan aku pula masih lagi mesej kau
Satu hari aku tak balas mesej kau
Dan aku sangat sangat rasa bersalah
Adakah kau pun rasa macam tu bila aku tak balas mesej kau

Lupakan

Dulu aku fikir yang kalau kau tinggalkan aku
Mungkin hidup aku tak sempurna lagi
Mungkin aku akan mendiamkan diri
Tapi setelah kau tinggalkan aku
Aku tak rasakan apa apa pun
Memang, aku mengaku
Mula mula memang aku rasa kehilangan
Rasa ada sesuatu yang tak dibuat
Iaitu bermesej dengan kau
Tapi setelah lama tabiat itu ditinggalkan
Aku makin selesa
Malah aku lebih bahagia
Bahagia berbuat apa saja
Tidak perlu menjaga hati orang
Tidak perlu berlakon lagi
Terima kasih

Apa yang aku buat

Macam macam yang aku buat
Macam macam aku tunjuk
Tapi kau langsung tak hargai
Sebab apa
Sebab kau dah tahu yang aku terlalu sayangkan kau
Dan kau tahu aku tak akan tinggalkan
Memang aku sayangkan kau
Tapi sayang aku dah tak macam dulu
Perlu ke aku sayang melebih lebih pada orang yang tak hargai aku

Kau selalu mengungkit
Kau selalu marah
Kalau aku tak balas mesej kau
Weh tolong ingat balik
Dulu kau selalu buat macam tu dekat
Kau layan aku macam apa saja
Sekarang aku nak bagi kau rasa
Sikit saja supaya kau faham apa rasanya

Aku buntuh

Apa yang kau kata
Apa yang kau hantar
Apa yang kau buat
Itu semua aku tak percaya

Kau kata kau sayang
Banyak kali
Tapi apa kau buat
Kau langsung tak pedulikan aku

Ingat
Kesabaran seseorang itu ada batasnya
Tolong jaga

Aku dah bagi peluang kedua
Memang peluang kedua tak seindah peluang pertama
Tapi kau masih boleh mencuba
Itu hanya kata kata manusia

Jika kau pandai guna peluang itu
Maka indahlah dia