Pages

kedua kalinya

entah bagaimana
aku teringat akan abah
untuk kedua kalinya
memandangkan bulan puasa
lebih teringat
lepas sahur 
mesti nampak abah tersadai di tepi pintu
yaa angin sejuk
best gila
dan itulah aku buat selalu
masa bulan ramadhan saja aku berpeluang
sebab sahur
lain dengan angin pagi aku bangun ke sekolah

entah bagaimana
bila aku baca alquran
seolah olah aku berasa dekat dengan Allah, Malaikat dan Abah
itu apa yang aku rasa
seolah olah mereka mendengar
ketika itu
aku menangis teresak esak
dan
air mata bagai diusap oleh abah

entah bagaimana
aku mengaji sambil berbicara
ustazah pernah berkata
dan kata kata ini pun pernah aku dengar di tv
"pada bulan ramadhan orang yang meninggal, hukumannya dan mereka akan direhatkan"
ya sebab itu aku suka bulan ramadhan
aku berdoa agar abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman
dan berharap seksaan di kubur dihentikan untuk selama lamanya
itu sahaja aku pinta

"dikala anak soleh/solehah sedang berdoa kepada ibu bapa mereka. seksa kubur ibu bapa mereka diberhentikan sepanjang anak itu berdoa"
dan aku berharap aku dikalangan anak yang solehah
tapi
aku kurang yakin

pesankan kepada abah,
aku rindu.


macam mana kau tahu
tak akan
atau
AKAN ada orang terima engkau
macam mana dia terima kau?
adakah kau akan pilih
simpan atau lepaskan?
siapa lagi yang kau tunggu?
terjamin ke
berbaloi ke
kau pasti??
jadi fikir elok elok
ya ya lupakan

then leave lah dey

kalau iye pun 
if you don't like a person, 
maybe because of their bad side or whatever, 
why do u have to go around and tell everyone about it? 
suka sangat buka aib org asal? 
that just shows what kind of person you are
what you expect
you know what?
kau tak boleh pun expect people to be nice to you
kalau kau dah buat macam tu
yas u think with apologize u can make everything back to normal
and yas they can forgive u 
but must remember
everything gonna change
yela sebab hati dia laaa
mulut cakap lain tapi hati?
even though you're extremely nice to them 
because some people are just mean and ignorant
ego
then leave lah deyy
bye
"Aku menulis cerita, bukan pakar dalam apa-apa hal. Menulis itu bisa buat kau hidup dalam kehidupan lain tanpa perlu mati hidup semula." 
so true, walaupun aku punya tah pape. siapa kesah wkwkwk

kena bersyukur

sudah lama aku fikir
sudah lama aku rasa
sudah lama aku keliru
lama 
lama sangat
sampai sekarang baru dapat
dan sedih sangat
bila tahu kebenarannya
pernah tak kau orang rasa resah
eh bukan, rasa sedih
bukan juga, rasa separuh nyawa kau mati
bukan juga kot. mungkin rasa diri dan hati di siat siat sikit demi sedikit
dan kau terfikir yang kau akan hilang
selalu
aku takut
perasaan ni buat aku tak senang
ya 
aku rasa aku tak bersyukur 
wkwkwk <-- gelak rempit
bila aku kenyang gila
aku rasa perasaan tu
bila aku tidur lena
aku dapat rasa tu
bila aku selesai mandi manda
aku rasa lagi
bila semuanya sempurna
rasa tu datang
ya Allah, ampunkan aku. 
maaf kerana aku alpha
maaf kerana aku tidak sedar diri
pengajarannya apa yang kau buat
apa yang kau fikir
apa yang kau niatkan
semua kerana Allah Taala
( mungkin juga apa yg aku teka salah, tapi mungkin juga betul )
cari lagi puncanya

tidak besar

assalamualaikum,
apa patut aku mula, aku terbaca lalu aku teringat dan terus mahu menulis. semalam aku mimpi dia, dia yang banyak berjasa, dialah ketua, dia yang mengasihi dan dikasihi oleh diriku. tapi sayangnya hanya sebentar dan ketika itu tidak besar.  rashid bin ramli. iyaa dia abah aku. aku bermimpi dia duduk dijauh sana memandangku dengan senyum manjanya besertakan misai yang dibelanya, lalu berkata "abah tidak apa apa" belum sempat aku menegurnya belum sempat aku menyentuhnya meskipun memelukkannya dia *sapsss hilang begitu saja. aku menangis aku sedih dengan harapan apa yang dikata oleh abah itu benar benar tidak apa apa. kita jumpa disana abah :') 

tidak besar, yaa aku belum cukup besar ketika abah tinggalkan aku. memang umur cukup besar tetapi jiwa aku ketika itu unmatured dan kita itu aku hanya mampu memikirkan diri sendiri tidak memikirkan jasa mami dan abah. aku sedih bila aku tidak dapat membalas jasanya dan terus berbakti. ketika itu aku tidak pedulikannya.

abah, ayen nak tunjuk macam macam kat abah sekarang. banyak sudah berubah bah. abah, ayen haritu masuk tv, sebab ayen menang. ayen nak abah tengok, ayen nak abah bangga. walaupun bukan kemenangan tu bukan kemenangan yang perlu dibanggakan. tapi ayen tetap nak abah cakap "inilah anak abah" macam mana abah selalu cakap dulu. ayen rindu, bila ayen takda gam nak tambal kerja sekolah, abah buatkan gam tepung. ayen rindu bila abah suka koyok buoh pastu cincang buat kuah pastu abah letak peti. pastu malam malam abah panggil semua orang makan. abah tahu kitorang suka. abah kata abah suka tengok anak abah makan. abah makan sikit je. abah, sekarang ayen pandai buat duit ayen sendiri. alhamdulillah. walaupun tak sebesar mana. ayen buka bisnes online. untung ayen kadang kadang ayen kongsikan dengan mami belanja mami makan belikan mami apa yang mami nak. setiap kali ayen buat macam tu ayen rasa bahagia sangat. tapi... ayen nak belanja abah juga :( takpa ayen sedekahkan abah Al-fatihah ya. tapi... ayen nak belanja apa yang abah inginkan juga. ayen guna duit ayen sendiri untuk beli apa yang ayen nak. ayen cuma taknak susahkan mami. walaupun kadang kadang ayen sedih sebab mami kasi duit kat adik je tapi kat ayen tak. sebab mami dah tahu ayen dah ada duit sendiri. tapi.... ok. 
abah, ayah orang lain diorang belikan semua yang anak diorang nak. diorang berjanji sesama sendiri. dan ayah diorang tak mungkir janji. ayah diorang ambil dan hantar diorang bila nak keluar. dan diorang semua bahagia. tapi bagi ayen sekarang ni, ayen cuma perlukan abah disisi ayen dan keluarga sudah cukup menbahagiakan. semua keluarga kita dah berjaya. cucu abah pun dah membesar dan semakin ramai. atok rashid :') semua rindu abah. ayen rindu tengok abah gurau dengan luqman afiq qistina semua. ayen rindu abah :'(