Pages

Bulu dan masalah dia

Untuk sekarang
Apa yang aku perhatikan
Apa yang aku terima selepas
Dan apa yang aku fahami
Ianya adalah
Masalah

Apa yang dapat aku simpulkan
Semakin ramai yang kita kenal
Semakin banyak masalah yang timbul
Walaupun senipis bulu tangan
Ya tangan aku penuh dengan bulu
Ada yang tebal ada yang nipis
Tapi tak bermakna yang takda bulu kat tangan
Takda masalah
"Asal tangan kau takda bulu oh"
Haaa kan jadi satu masalah
- dah mula mengarut

Masalah ini boleh kita selesaikan
Sama ada cukur bulu tu
Atau kau nak terus simpan dan jaga dia
Okay jangan cukur, tak eiyylok. 
Cuba kita selesaikan dengan tenung bulu tu
Kaji apa masalah dia.
Selesai.

When u try so hard 
U can fall faster than u expected
Jadi apa conclusion dia
Follow the flow lah jawabnya
HAHAHAHA







Now i try to follow the flow that have given
Sometime im glad to be here
Sometime i can feel nothing
And sometime it hurts me

"tapi"

31/8/2015

kau boleh bercinta tapi kau pasti akan dikecewakan
kau boleh hidup tapi selepas itu engkau akan mati
kau akan bahagia tapi kau kena hadapi derita dahulu
ada cara untuk kau cantik tapi kau akan sakit
sebab beauty is pain
kau boleh pandai tapi perlukan masa yang lama untuk berjaya
kau boleh kaya tapi kau kena kumpul peluh lelah dahulu

haih penatnya hidup dengan tapi

14/8/2015

dalam dunia ni
kena ingat
bukan ada satu je hati
malah terlebih
hati semua lain lain
berubah
ada yang bina hati lain
ada juga ekstra hati
patah hati
sakit hati
takda hati !
dan tak jumpa hati.
tolong hati hati

datang balik tolong

29/8/2015

ada yang kata 
kat dunia ni semua masalah 
ada penyelesaian dia
cuba selesaikan
ada yang kata juga
banyak benda yang semua akan jadi okay balik
tapi sekarang aku tak okay
baru sekejap
aku tak menahan
ada yang kata hal kecil
jangan dibesarkan
tapi bila dibiarkan 
dia akan membesar sendiri
bila dipendam dia semakin sakit
ada lagi yang kata
yang

aku suka dia.

konon selamat

11/8/2015

takda perasaan
tak tahu perasaan
tak nak tunjuk perasaan
atau malas nak huraikan perasaan
mana satu
tapi aku pilih untuk tak tunjuk
tapi sometime tertunjuk
entah
bagi AKU
bila kau tak tunjuk perasaan kau
kau akan selamat
tak ada siapa yang akan kacau
langsung
freeee
jadi aku pilih jalan selamat 
walaupun salah

drive

23 julai 2015
( can't upload video )

mula mula bersyukur, bersyukur sebab tak jadi apa apa.
terima kasih kepada haizul. atas tunjuk ajar.
dan terima kasih juga pada orang belakang kerana menyokong.
terharu. tak tahu kenapa. tapi terharu.
walaupun aku first time drive, dan langsung tahu menahu pasal kereta.
korang still naik sekali, penuhkan kereta. sokong aku.
tak takut mati ke?
mana tahu, masa aku bawa tu, haizul suruh tekan lain,
lain yang di tekan. kemudian terbalik.
takpa, aku rasa di sayangi oleh korang semua. muah ciked hahahah 
rasa bahagia, bahagia dapat drive, bahagia korang ada kat belakang.


tapi selalu takda

9 ogos 2015

sometime,
bila mood lari, tak dapat kejar
dan banyak benda yang berlaku
yang buat aku serabut gila
dan kemarahan itu
langsung tak dapat aku kawal
dan aku perlukan sesorang 
untuk aku luahan kan
dan sesorang itu boleh jadi siapa siapa sahaja
boleh jadi yang aku suka 
boleh jadi kawan baik aku
boleh jadi kawan baru kenal
malah musuh sendiri boleh jadi tempat aku bercerita
semua aku kasi
sebab tu kalau boleh
aku perlukan orang yang aku sayang
untuk bersama
selamanya.

konon wishlist

1 ogos 2015

1) iphone5s ✅
2) hockey skate ✅
3) ipad ✅
4) laptop
5) rollerblade
6) camera dslr
7) shopping kawkaw
8) belanja orang yang belanja aku 
9) lesen
10) start kumpul duit untuk kenderaan 😍
11) beli wallpaper untuk satu rumah
12) beli perabot lawa lawa wew
13) disebabkan aku sering keluar sekarang menyusahkan orang hantar dan ambil, jadi aku akan kumpul duit untuk lesen dan terus buat lesen bila dah cukup umur. (5bulan lagi)
p/s; sebarang penambahan akan ditambah bahahhahahahhaa


teman tu susah

30/7/2015; sebab masih mencari sahabat.

 aku seperti si bodoh yang mahu tuju ke satu tempat yang berpura pura pandai dan kemudiannya sesat kerana angkuh
aku rasa kesepian tetapi tiada teman dan  tidak akan mencari bayang
aku kehilangan yang tiada pengganti dan ditinggalkan
aku seperti yang tiada apa apa tetapi menanti jasa dibalas dan dihargai

kedua kalinya

entah bagaimana
aku teringat akan abah
untuk kedua kalinya
memandangkan bulan puasa
lebih teringat
lepas sahur 
mesti nampak abah tersadai di tepi pintu
yaa angin sejuk
best gila
dan itulah aku buat selalu
masa bulan ramadhan saja aku berpeluang
sebab sahur
lain dengan angin pagi aku bangun ke sekolah

entah bagaimana
bila aku baca alquran
seolah olah aku berasa dekat dengan Allah, Malaikat dan Abah
itu apa yang aku rasa
seolah olah mereka mendengar
ketika itu
aku menangis teresak esak
dan
air mata bagai diusap oleh abah

entah bagaimana
aku mengaji sambil berbicara
ustazah pernah berkata
dan kata kata ini pun pernah aku dengar di tv
"pada bulan ramadhan orang yang meninggal, hukumannya dan mereka akan direhatkan"
ya sebab itu aku suka bulan ramadhan
aku berdoa agar abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman
dan berharap seksaan di kubur dihentikan untuk selama lamanya
itu sahaja aku pinta

"dikala anak soleh/solehah sedang berdoa kepada ibu bapa mereka. seksa kubur ibu bapa mereka diberhentikan sepanjang anak itu berdoa"
dan aku berharap aku dikalangan anak yang solehah
tapi
aku kurang yakin

pesankan kepada abah,
aku rindu.


macam mana kau tahu
tak akan
atau
AKAN ada orang terima engkau
macam mana dia terima kau?
adakah kau akan pilih
simpan atau lepaskan?
siapa lagi yang kau tunggu?
terjamin ke
berbaloi ke
kau pasti??
jadi fikir elok elok
ya ya lupakan

then leave lah dey

kalau iye pun 
if you don't like a person, 
maybe because of their bad side or whatever, 
why do u have to go around and tell everyone about it? 
suka sangat buka aib org asal? 
that just shows what kind of person you are
what you expect
you know what?
kau tak boleh pun expect people to be nice to you
kalau kau dah buat macam tu
yas u think with apologize u can make everything back to normal
and yas they can forgive u 
but must remember
everything gonna change
yela sebab hati dia laaa
mulut cakap lain tapi hati?
even though you're extremely nice to them 
because some people are just mean and ignorant
ego
then leave lah deyy
bye
"Aku menulis cerita, bukan pakar dalam apa-apa hal. Menulis itu bisa buat kau hidup dalam kehidupan lain tanpa perlu mati hidup semula." 
so true, walaupun aku punya tah pape. siapa kesah wkwkwk

kena bersyukur

sudah lama aku fikir
sudah lama aku rasa
sudah lama aku keliru
lama 
lama sangat
sampai sekarang baru dapat
dan sedih sangat
bila tahu kebenarannya
pernah tak kau orang rasa resah
eh bukan, rasa sedih
bukan juga, rasa separuh nyawa kau mati
bukan juga kot. mungkin rasa diri dan hati di siat siat sikit demi sedikit
dan kau terfikir yang kau akan hilang
selalu
aku takut
perasaan ni buat aku tak senang
ya 
aku rasa aku tak bersyukur 
wkwkwk <-- gelak rempit
bila aku kenyang gila
aku rasa perasaan tu
bila aku tidur lena
aku dapat rasa tu
bila aku selesai mandi manda
aku rasa lagi
bila semuanya sempurna
rasa tu datang
ya Allah, ampunkan aku. 
maaf kerana aku alpha
maaf kerana aku tidak sedar diri
pengajarannya apa yang kau buat
apa yang kau fikir
apa yang kau niatkan
semua kerana Allah Taala
( mungkin juga apa yg aku teka salah, tapi mungkin juga betul )
cari lagi puncanya

tidak besar

assalamualaikum,
apa patut aku mula, aku terbaca lalu aku teringat dan terus mahu menulis. semalam aku mimpi dia, dia yang banyak berjasa, dialah ketua, dia yang mengasihi dan dikasihi oleh diriku. tapi sayangnya hanya sebentar dan ketika itu tidak besar.  rashid bin ramli. iyaa dia abah aku. aku bermimpi dia duduk dijauh sana memandangku dengan senyum manjanya besertakan misai yang dibelanya, lalu berkata "abah tidak apa apa" belum sempat aku menegurnya belum sempat aku menyentuhnya meskipun memelukkannya dia *sapsss hilang begitu saja. aku menangis aku sedih dengan harapan apa yang dikata oleh abah itu benar benar tidak apa apa. kita jumpa disana abah :') 

tidak besar, yaa aku belum cukup besar ketika abah tinggalkan aku. memang umur cukup besar tetapi jiwa aku ketika itu unmatured dan kita itu aku hanya mampu memikirkan diri sendiri tidak memikirkan jasa mami dan abah. aku sedih bila aku tidak dapat membalas jasanya dan terus berbakti. ketika itu aku tidak pedulikannya.

abah, ayen nak tunjuk macam macam kat abah sekarang. banyak sudah berubah bah. abah, ayen haritu masuk tv, sebab ayen menang. ayen nak abah tengok, ayen nak abah bangga. walaupun bukan kemenangan tu bukan kemenangan yang perlu dibanggakan. tapi ayen tetap nak abah cakap "inilah anak abah" macam mana abah selalu cakap dulu. ayen rindu, bila ayen takda gam nak tambal kerja sekolah, abah buatkan gam tepung. ayen rindu bila abah suka koyok buoh pastu cincang buat kuah pastu abah letak peti. pastu malam malam abah panggil semua orang makan. abah tahu kitorang suka. abah kata abah suka tengok anak abah makan. abah makan sikit je. abah, sekarang ayen pandai buat duit ayen sendiri. alhamdulillah. walaupun tak sebesar mana. ayen buka bisnes online. untung ayen kadang kadang ayen kongsikan dengan mami belanja mami makan belikan mami apa yang mami nak. setiap kali ayen buat macam tu ayen rasa bahagia sangat. tapi... ayen nak belanja abah juga :( takpa ayen sedekahkan abah Al-fatihah ya. tapi... ayen nak belanja apa yang abah inginkan juga. ayen guna duit ayen sendiri untuk beli apa yang ayen nak. ayen cuma taknak susahkan mami. walaupun kadang kadang ayen sedih sebab mami kasi duit kat adik je tapi kat ayen tak. sebab mami dah tahu ayen dah ada duit sendiri. tapi.... ok. 
abah, ayah orang lain diorang belikan semua yang anak diorang nak. diorang berjanji sesama sendiri. dan ayah diorang tak mungkir janji. ayah diorang ambil dan hantar diorang bila nak keluar. dan diorang semua bahagia. tapi bagi ayen sekarang ni, ayen cuma perlukan abah disisi ayen dan keluarga sudah cukup menbahagiakan. semua keluarga kita dah berjaya. cucu abah pun dah membesar dan semakin ramai. atok rashid :') semua rindu abah. ayen rindu tengok abah gurau dengan luqman afiq qistina semua. ayen rindu abah :'(

takyah

kadang aku cemburu
tapi bila difikir balik
tak perlu cemburu
kerna
mereka tidak sempurna menutup
jadi tak usah takut
jangan menghukum
tapi jadikan satu pengajaran
PALING MENYAMPAH
BILA AKU TAK KESAH
TAPI ORANG LAIN KESAH
KAU RASA
DARI SITU AKU JADI KESAH
KAU DAH GANGGU HIDUP AKU DOH 
GENTLE
SEMUA YANG AKU SANGKA, SALAH!
BURUKKAN AKU
NAK BETULKAN BALIK DAH TAK GUNA
DIORANG RASA DIORANG BETUL
DAN APA YANG AKU CAKAP ITU
SATU ALASAN
DAN KAU PENYATA
MOGA AIB KAU TERJAGA
AMINN
oh oh 
betullah selama ni aku salah
dia bukan bagi aku harapan
tapi aku yang berharap
wow aku baru sedar dari mimpi ni
bangkit erin bangkit
tidur tempat lain pls
makan ubat tidur

lagi sekali bingung

okay aku berjujur lagi
aku boleh terima kau
dalam hidup aku
memang selama ini kau pun bertengek dalam hidup aku
jadi apa salahnya singgah terus
tapi yang jadi masalah sekarang
aku masih tak jumpa diri aku
aku tak dapat main point dia
jadi
aku takut aku kecewakan diri kau
dan juga diri aku sendiri
aku takut aku tak boleh kawal diri aku
aku tak boleh buat apa yang kau sangkakan
dan aku terus dan terus kecewakan kau
sehingga diri aku sendiri hancur


tak jumpa aku

sejujurnya aku keliru,
aku keliru dengan aku sendiri,
tapi dia tahu aku
sedangkan aku tak
mana nak tahu,
isi hati ini,
aku kejap lain 
kejap tak
ada je yang hadir 
sampai aku buta
tak nampak
mana satu yang betul 
mana satu yang 100% bukan aku punya

aku kembali

aku sedih
aku keliru
aku rasa
aku perlukan blog ni balik
untuk aku tulis apa yang ada
yang aku tak tahu
yang sebenarnya takda apa
yang tak perlu dikata
tapi aku fikirkan
jadi
siapa yang salah
otak atau hati

aib aku do

jangan kau buka aib kau sendiri
baru aku tahu perasaan 
bila ada yang buka aib kita
kau boleh juga direct aku
cerita
tarik aku
bukan kau keluar dulu
baru kau tarik aku
lain weh
lain perasaan dia
kau keluar dulu cerita kat orang pastu suruh orang tu tarik aku

rindu tapi tak tahu

rasa rindu
tapi tak tahu
apa dia
siapa 
dekat mana
tentang apa
tapi hati ni rindu gila
mungkin tak bahagia
siapa nak bahagia kan aku
takyah
sebab sementara je 
aku dah biasa
kau bosan
kau datang
sekali je
kejap je
pastu
kau bosan 
kau akan pergi kat orang lain
aku kau tak kenal 

sabar sikit

jatuh lagi weh
dan takda siapa
hulurkan tangan
ada tapi pura pura hulur
hati aku hancur
berkecai
dalam masa yang sama
bertubi tubi
aku sedih 
sumpah sedih
move on rin 
move on 
you can(t) do it
aku pun tak faham dengan diri aku
enjoy your life je lah rin
takyah sebok


kalau suka duk diam

aku minta maaf
lain kali
kau jangan kasi tahu aku
kan dah awkward
aku nak macam dulu
yang tak kesah kau apa
aku buat apa aku suka
sekarang
aku jadi malu dengan kau
kenapa weh
kenapa kau mengaku
nak macam dulu

tunggu




kau pernah menunggu
tahu tak perasaan menunggu tu cenne
pedih en
rasa macam nak marah orang en

"dulu masa aku dak dak upsr
aku balik sekolah
tunggu luar sekolah
keluar pukul 110
kakak sampai 310
hampir setiap hari macam tu
sampailah pakcik guard tu kenal aku
suatu hari kakbee lambat gila
mungkin dia rasa bersalah 
lalu
dia belikan aku coolblog
mood nak maki kakbee hilang
oleh kerana coolblog"

nampak tak kisah benar aku tu
semua orang tak suka menunggu
tapi bila kau dah buat orang tertunggu tunggu
harapan
takkan kau berdiam diri saja
kasilah sepatah dua kata
tulang sebesar lubang hidung ke
biar sejuk




istiqamah

"selama awak hidup, apa yang awak dah lakukan untuk islam" 


dan BOOMM aku terkedu
lepaa ustazah cakap centu
aku macam
terdiam membisu 
otak melayang
terfikir
betul gak kata ustazah
apa yang aku dah buat untuk islam woi?
takda apa kan
pernah aku cuba/niat untuk buat sesuatu
tapi niat tu 
makin lama aku harungi hari
makin hilang
aku macam
whatttt? Rafzan Fazren? kata nak syurga? buatla sesuatu 
aku tengah cari sahabat
yang boleh tolong aku
dan punya cita yang sama


jujur aku nak juga

kalau dikenang
dulu aku akan berlawan 
aku akan bersuara
entah mengapa 
sekarang bila terjadi
aku mula senyap
mungkin dah muak
muak dengan benda ni
jadi aku malas
ni sebab
aku takut lebih sedih 
sebab dia segala galanya
aku tidak sanggup
 jadi dia boleh buat apa dia suka
biarlah dia mahu buat apa
janji dia bahagia
hati terluka takpa
hati tak nampak
belilah untuk si dia 
janji dua dua bahagia
ya aku boleh beli sendiri
tapi lain rasanya...
tutup;-
syurga di tapak kaki ibu.


tunggu jela

dulu aku selalu merungut
bosan bosan sedih
tapi bila aku dapat kebahagiaan tu
aku lepaskan
sebab apa
sebab aku rasa itu
hanyalah untuk aku sendiri
syok sendiri
kau rasa?
jadi, mulai sekarang
aku akan berhenti 
tunggu sambil tidur
sekarang aku akan
bangun sambil tunggu
ego ke kalau tunggu 
selamat

tewas lagi weh

aku tewas weh
tewas lagi
takkan aku kena letak harga 
baru ada yang perasan
aku tengah menjual
takkan aku nak jerit terlolong
baru ada orang tahu
takkan aku kena buka butik mewah mewah
baru ada nak datang
hati aku ni weh
takda siapa sayang
takkan kena cakap
ADA SIAPA SIAPA NAK SAYANG HATI SAYA TAK??

hilang ke

dulu kononnya
kalau menulis dalam ni
semuanya akan hilang
tapi
sekarang baru aku sedar
takda apa apa berubah
masih sepi
eh sikitlah hilang
tapi tak lama
boleh ke hilang weh
aku dah malas
sumpah malas
tak larat layan diri
ada tak siapa siapa faham aku sekarang
aku nak cakap ni

takda jodoh

siapa yang datang kat aku
dia akan lari pada orang lain
lebih sakit hati
aku kenal
tapi bila tiba datang kat orang lain
diorang takkan lari dekat aku
sebab apa
sebab kau tak seronok rin
bosan tahap gaban
fake
jadi diorang lari
tapi takpa, aku bahagia sikit
memang mula mula sakit
berbukit bukit
tapi entah 
memang dari dulu aku anggap
aku ni kosong

takut rindu

kalaulah aku boleh undurkan masa
aku nak betulkan kesilapan aku
kalaulah aku boleh cepatkan masa
aku nak lupakan apa yang berlaku
aku takut rindu
rindu itu pedih

i miss the old anggerians :')

ketagih

tingkatan empat ni
buat aku serabut
serabut yang teramat
sangat
sampai aku rasa 
nak skate setiap hari dan setiap masa
ketagih
walaupun pergi skate aku tak seberapa nak skate
tapi atleast aku dapat aura aura ketenangan kat situ
walaupun penuh orang annoying kat sana
aku tetap nak pergi

pergi

dia betul betul buat aku jatuh
mula mula main main
aku tergelincir
tapi aku biar
malas nak berubat
sebab aku suka
pastu sakit semakin kuat
baru nak cari semua benda

dia betul betul tak pandang
mungkin dia pandang
tapi pandang benda lain
pandang kosong

aku takut
dia betul betul akan pergi
aku rindu
dia

sakit dia tu dalam sangat
aku lebih suka dia bagi harapan
daripada aku tahu
inti kosong

aku nak harapan
tolong
aku betul betul perlukan harapan yang dulu

orang lain

ada satu ketika
aku akan cari satu ruang
ruang untuk aku termenung
dimana aku fikirkan
apa perlu aku buat
apa perlu aku cakap
untuk aku puaskan 
semua jantung jantung di dunia
yang tak mungkin kenyang
bising memikirkan hal kita

blog aku bosan

"bosan blog kau"
siapa kesah
aku sudah kata
jangan
jangan!
jangan bacaaa!!!
ini kisah aku
ini cerita aku
ini ayat aku

biar tah apapa
kesah apa
kau tak faham
lantak kau
biar aku bising
kau diam sana

maaf
sedih aku
kalau tak suka jangan kata
lari page lain sana