Pages

4fingers di nu sentral

So I am at 4fingers @ NU Sentral today and the place was awesome! and the food super duper awesome. 

nak datang 4fingers ni sangat sangat senang. naik ktm to kl sentral then turun jalan sikit naik escalator ke nu sentral pandang kiri terus jumpa 4fingers. 

 
tak sempat nak ambil gambar menu dia, sebab sis terlampau excited tapi korang boleh tengok kat google berlambak. so yah... 

lepas korang order kat kaunter, nanti dia bagi air and satu objek bulat ni hahaha. lebih kurang macam alarm la. ala macam restoran korea la kan. lepas bunyi je, korang kena gi ambil kat kaunter khas pick up. then dah boleh makan. 



jangan lupa ambil bucket ni sekali. untuk sampah sampah korang. hahahaha tulang tisu dah sebagainya. sepatutnya bucket tu ada plastik. tapi tah si fathaul muaz ni bernasib malang ambil yang tak berplastik. lepas makan macam biasala standard fastfood restoran korang kena kemas mangkuk mangkuk yang korang dah makan tadi di tempat yang di sediakan.


ni apa yang aku order tadi. cukupla sekadar rasa. 

BURGER; 
burger tu nama dia "B.F.F" . burger dia masam+manis. SEDAP. tambahan plak ayam dia tu tebal gilaaa. harga dia rm20.90. harga ni sekali fries and air

CHICKEN;
ayam rasa dia sama dengan burger. cuma ayam lagi pekat rasa dia. manis manis masam pedas. pedas k, ada 2 jenis ayam ni. iaitu garlic and hot. aku pilih mixed tapi aku tak sure dia mixed sos tu or ayam tu yang mixed macam 3 hot 3 garlic. harga sama and dapat fries and air juga

FRIES;
fries perisa kimchi. fries kimchi dia rasa masam masam, takda la rasa kimchi sangat. rasa macam serbuk uncle bob versi masam.
fries perisa seaweed plak. rasa seaweed la hahahaha tapi tak pekat sangat dan sedikit masin.


 nah total harga tadi. si fathaul muaz kata takdala mahal sangat biasa biasa. aku pun rasa macam tu. tapi nak makan hari hari tu idak laaa.


acah acah jap. aku kasi 8.5/10. hehehhe

APAA??! taknak try sebab takut gemuk???? jangan risau. SHAKLEEKAN ADAAA???


whatsapp and cakap bajet korang berapa! inshaAllah boleh tolong 😘

balas dendam

bila kau buat jahat
selalu.
aku ingat kau biasa dengan kejahatan tu
tapi tak,
bila aku cuba balas
kau terus melenting
salahkan aku, langsung tak boleh terima
aku cuma nak kau rasa apa aku rasa.
sekejap je, test sikit je
sebab gaya kau macam pro
seolah perkara ini sangat kecil untuk kau
semua boleh rasa kejahatan kau
kau sedia memberi
dan kau yakin dia boleh terima
dengan hati terbuka
kau salah do
:p

kurang dia

19052016
-
bila kau cuba terima semua kekurangan seseorang
tapi pada satu tahap kau hilang akal
kerana dia yang kau terima
terkeluar dari zon bahaya diri kau
apa kau buat?
bila zon bahaya tu semakin hari semakin membunuh
tapi kau biarkan lagi
sebab diri kau sedang belajar erti menghargai
dan dia tidak endah.
apa kau akan lari?
atau tunggu lagi hasilnya
aku pilih untuk tunggu
maafkan aku jika kadang aku marah 
kerana kekurangan kau sendiri
walhal aku tidak sanggup kotakan ia.

dia lagi

Ah! bencinya aku pada si kata
kata yang aku punya tak mampu dihembus
kata yang hati aku saja
nampak
rasa
muak pun ada
kerana apa yang aku tahu
dia si perosak
mampu bunuh kau
kejam
si pembunuh berpisau tumpul
ada tak si pengembala kambing 
yang bisa jaga
aik?


buka mulut

mengapa yang baik harus disimpan
sedangkan aib aku kau sebarkan
seronok?
apa kau ingat semua benda kau punya?
ramas engkau punya?
maaf.
kau punya itu tidak pernah mengaku
kau dia kenal
buat malu muka saja

Dia, buang

5 march 2016, 23;04

Satu saja aku pinta
Buang
Sama ada hati
Atau suara hati
Dua dua biadap!
Jika tak mampu kau bicarakan
Jangan kau kotakan
Jika engkau takut tersandung oleh cemburuku
Maka jangan kau pedulikan

Diam,

Berubah

16 february 2016

Pura pura tak nampak
Tak rasa
Tak perasan
Aku nak hidup macam tu
Walaupun aku penakut
Semuanya berubah pada ketika itu
Termasuk hati aku

Rhendu


Bila aku bersama kau,
Belum pasti rindu itu
Akan hilang.
Aku cuma hilang akal

Menung

24 december 2015
Pada waktu aku termenung
Semua terfikir bahawa aku
Sedang
Betul betul buta
Tapi malangnya
Yang buta adalah mereka
Bukannya aku
Sedang aku termenung 
Bukan sekadar membuka 
Kini aku nampak segala-galanya

Bulu dan masalah dia

Untuk sekarang
Apa yang aku perhatikan
Apa yang aku terima selepas
Dan apa yang aku fahami
Ianya adalah
Masalah

Apa yang dapat aku simpulkan
Semakin ramai yang kita kenal
Semakin banyak masalah yang timbul
Walaupun senipis bulu tangan
Ya tangan aku penuh dengan bulu
Ada yang tebal ada yang nipis
Tapi tak bermakna yang takda bulu kat tangan
Takda masalah
"Asal tangan kau takda bulu oh"
Haaa kan jadi satu masalah
- dah mula mengarut

Masalah ini boleh kita selesaikan
Sama ada cukur bulu tu
Atau kau nak terus simpan dan jaga dia
Okay jangan cukur, tak eiyylok. 
Cuba kita selesaikan dengan tenung bulu tu
Kaji apa masalah dia.
Selesai.

When u try so hard 
U can fall faster than u expected
Jadi apa conclusion dia
Follow the flow lah jawabnya
HAHAHAHA







Now i try to follow the flow that have given
Sometime im glad to be here
Sometime i can feel nothing
And sometime it hurts me

"tapi"

31/8/2015

kau boleh bercinta tapi kau pasti akan dikecewakan
kau boleh hidup tapi selepas itu engkau akan mati
kau akan bahagia tapi kau kena hadapi derita dahulu
ada cara untuk kau cantik tapi kau akan sakit
sebab beauty is pain
kau boleh pandai tapi perlukan masa yang lama untuk berjaya
kau boleh kaya tapi kau kena kumpul peluh lelah dahulu

haih penatnya hidup dengan tapi

14/8/2015

dalam dunia ni
kena ingat
bukan ada satu je hati
malah terlebih
hati semua lain lain
berubah
ada yang bina hati lain
ada juga ekstra hati
patah hati
sakit hati
takda hati !
dan tak jumpa hati.
tolong hati hati

datang balik tolong

29/8/2015

ada yang kata 
kat dunia ni semua masalah 
ada penyelesaian dia
cuba selesaikan
ada yang kata juga
banyak benda yang semua akan jadi okay balik
tapi sekarang aku tak okay
baru sekejap
aku tak menahan
ada yang kata hal kecil
jangan dibesarkan
tapi bila dibiarkan 
dia akan membesar sendiri
bila dipendam dia semakin sakit
ada lagi yang kata
yang

aku suka dia.

konon selamat

11/8/2015

takda perasaan
tak tahu perasaan
tak nak tunjuk perasaan
atau malas nak huraikan perasaan
mana satu
tapi aku pilih untuk tak tunjuk
tapi sometime tertunjuk
entah
bagi AKU
bila kau tak tunjuk perasaan kau
kau akan selamat
tak ada siapa yang akan kacau
langsung
freeee
jadi aku pilih jalan selamat 
walaupun salah

drive

23 julai 2015
( can't upload video )

mula mula bersyukur, bersyukur sebab tak jadi apa apa.
terima kasih kepada haizul. atas tunjuk ajar.
dan terima kasih juga pada orang belakang kerana menyokong.
terharu. tak tahu kenapa. tapi terharu.
walaupun aku first time drive, dan langsung tahu menahu pasal kereta.
korang still naik sekali, penuhkan kereta. sokong aku.
tak takut mati ke?
mana tahu, masa aku bawa tu, haizul suruh tekan lain,
lain yang di tekan. kemudian terbalik.
takpa, aku rasa di sayangi oleh korang semua. muah ciked hahahah 
rasa bahagia, bahagia dapat drive, bahagia korang ada kat belakang.


tapi selalu takda

9 ogos 2015

sometime,
bila mood lari, tak dapat kejar
dan banyak benda yang berlaku
yang buat aku serabut gila
dan kemarahan itu
langsung tak dapat aku kawal
dan aku perlukan sesorang 
untuk aku luahan kan
dan sesorang itu boleh jadi siapa siapa sahaja
boleh jadi yang aku suka 
boleh jadi kawan baik aku
boleh jadi kawan baru kenal
malah musuh sendiri boleh jadi tempat aku bercerita
semua aku kasi
sebab tu kalau boleh
aku perlukan orang yang aku sayang
untuk bersama
selamanya.

konon wishlist

1 ogos 2015

1) iphone5s ✅
2) hockey skate ✅
3) ipad ✅
4) laptop
5) rollerblade
6) camera dslr
7) shopping kawkaw
8) belanja orang yang belanja aku 
9) lesen
10) start kumpul duit untuk kenderaan 😍
11) beli wallpaper untuk satu rumah
12) beli perabot lawa lawa wew
13) disebabkan aku sering keluar sekarang menyusahkan orang hantar dan ambil, jadi aku akan kumpul duit untuk lesen dan terus buat lesen bila dah cukup umur. (5bulan lagi)
p/s; sebarang penambahan akan ditambah bahahhahahahhaa


teman tu susah

30/7/2015; sebab masih mencari sahabat.

 aku seperti si bodoh yang mahu tuju ke satu tempat yang berpura pura pandai dan kemudiannya sesat kerana angkuh
aku rasa kesepian tetapi tiada teman dan  tidak akan mencari bayang
aku kehilangan yang tiada pengganti dan ditinggalkan
aku seperti yang tiada apa apa tetapi menanti jasa dibalas dan dihargai