Pages

kena bersyukur

sudah lama aku fikir
sudah lama aku rasa
sudah lama aku keliru
lama 
lama sangat
sampai sekarang baru dapat
dan sedih sangat
bila tahu kebenarannya
pernah tak kau orang rasa resah
eh bukan, rasa sedih
bukan juga, rasa separuh nyawa kau mati
bukan juga kot. mungkin rasa diri dan hati di siat siat sikit demi sedikit
dan kau terfikir yang kau akan hilang
selalu
aku takut
perasaan ni buat aku tak senang
ya 
aku rasa aku tak bersyukur 
wkwkwk <-- gelak rempit
bila aku kenyang gila
aku rasa perasaan tu
bila aku tidur lena
aku dapat rasa tu
bila aku selesai mandi manda
aku rasa lagi
bila semuanya sempurna
rasa tu datang
ya Allah, ampunkan aku. 
maaf kerana aku alpha
maaf kerana aku tidak sedar diri
pengajarannya apa yang kau buat
apa yang kau fikir
apa yang kau niatkan
semua kerana Allah Taala
( mungkin juga apa yg aku teka salah, tapi mungkin juga betul )
cari lagi puncanya

tidak besar

assalamualaikum,
apa patut aku mula, aku terbaca lalu aku teringat dan terus mahu menulis. semalam aku mimpi dia, dia yang banyak berjasa, dialah ketua, dia yang mengasihi dan dikasihi oleh diriku. tapi sayangnya hanya sebentar dan ketika itu tidak besar.  rashid bin ramli. iyaa dia abah aku. aku bermimpi dia duduk dijauh sana memandangku dengan senyum manjanya besertakan misai yang dibelanya, lalu berkata "abah tidak apa apa" belum sempat aku menegurnya belum sempat aku menyentuhnya meskipun memelukkannya dia *sapsss hilang begitu saja. aku menangis aku sedih dengan harapan apa yang dikata oleh abah itu benar benar tidak apa apa. kita jumpa disana abah :') 

tidak besar, yaa aku belum cukup besar ketika abah tinggalkan aku. memang umur cukup besar tetapi jiwa aku ketika itu unmatured dan kita itu aku hanya mampu memikirkan diri sendiri tidak memikirkan jasa mami dan abah. aku sedih bila aku tidak dapat membalas jasanya dan terus berbakti. ketika itu aku tidak pedulikannya.

abah, ayen nak tunjuk macam macam kat abah sekarang. banyak sudah berubah bah. abah, ayen haritu masuk tv, sebab ayen menang. ayen nak abah tengok, ayen nak abah bangga. walaupun bukan kemenangan tu bukan kemenangan yang perlu dibanggakan. tapi ayen tetap nak abah cakap "inilah anak abah" macam mana abah selalu cakap dulu. ayen rindu, bila ayen takda gam nak tambal kerja sekolah, abah buatkan gam tepung. ayen rindu bila abah suka koyok buoh pastu cincang buat kuah pastu abah letak peti. pastu malam malam abah panggil semua orang makan. abah tahu kitorang suka. abah kata abah suka tengok anak abah makan. abah makan sikit je. abah, sekarang ayen pandai buat duit ayen sendiri. alhamdulillah. walaupun tak sebesar mana. ayen buka bisnes online. untung ayen kadang kadang ayen kongsikan dengan mami belanja mami makan belikan mami apa yang mami nak. setiap kali ayen buat macam tu ayen rasa bahagia sangat. tapi... ayen nak belanja abah juga :( takpa ayen sedekahkan abah Al-fatihah ya. tapi... ayen nak belanja apa yang abah inginkan juga. ayen guna duit ayen sendiri untuk beli apa yang ayen nak. ayen cuma taknak susahkan mami. walaupun kadang kadang ayen sedih sebab mami kasi duit kat adik je tapi kat ayen tak. sebab mami dah tahu ayen dah ada duit sendiri. tapi.... ok. 
abah, ayah orang lain diorang belikan semua yang anak diorang nak. diorang berjanji sesama sendiri. dan ayah diorang tak mungkir janji. ayah diorang ambil dan hantar diorang bila nak keluar. dan diorang semua bahagia. tapi bagi ayen sekarang ni, ayen cuma perlukan abah disisi ayen dan keluarga sudah cukup menbahagiakan. semua keluarga kita dah berjaya. cucu abah pun dah membesar dan semakin ramai. atok rashid :') semua rindu abah. ayen rindu tengok abah gurau dengan luqman afiq qistina semua. ayen rindu abah :'(

takyah

kadang aku cemburu
tapi bila difikir balik
tak perlu cemburu
kerna
mereka tidak sempurna menutup
jadi tak usah takut
jangan menghukum
tapi jadikan satu pengajaran