Pages

balas dendam

bila kau buat jahat
selalu.
aku ingat kau biasa dengan kejahatan tu
tapi tak,
bila aku cuba balas
kau terus melenting
salahkan aku, langsung tak boleh terima
aku cuma nak kau rasa apa aku rasa.
sekejap je, test sikit je
sebab gaya kau macam pro
seolah perkara ini sangat kecil untuk kau
semua boleh rasa kejahatan kau
kau sedia memberi
dan kau yakin dia boleh terima
dengan hati terbuka
kau salah do
:p

kurang dia

19052016
-
bila kau cuba terima semua kekurangan seseorang
tapi pada satu tahap kau hilang akal
kerana dia yang kau terima
terkeluar dari zon bahaya diri kau
apa kau buat?
bila zon bahaya tu semakin hari semakin membunuh
tapi kau biarkan lagi
sebab diri kau sedang belajar erti menghargai
dan dia tidak endah.
apa kau akan lari?
atau tunggu lagi hasilnya
aku pilih untuk tunggu
maafkan aku jika kadang aku marah 
kerana kekurangan kau sendiri
walhal aku tidak sanggup kotakan ia.

dia lagi

Ah! bencinya aku pada si kata
kata yang aku punya tak mampu dihembus
kata yang hati aku saja
nampak
rasa
muak pun ada
kerana apa yang aku tahu
dia si perosak
mampu bunuh kau
kejam
si pembunuh berpisau tumpul
ada tak si pengembala kambing 
yang bisa jaga
aik?


buka mulut

mengapa yang baik harus disimpan
sedangkan aib aku kau sebarkan
seronok?
apa kau ingat semua benda kau punya?
ramas engkau punya?
maaf.
kau punya itu tidak pernah mengaku
kau dia kenal
buat malu muka saja

Dia, buang

5 march 2016, 23;04

Satu saja aku pinta
Buang
Sama ada hati
Atau suara hati
Dua dua biadap!
Jika tak mampu kau bicarakan
Jangan kau kotakan
Jika engkau takut tersandung oleh cemburuku
Maka jangan kau pedulikan

Diam,

Berubah

16 february 2016

Pura pura tak nampak
Tak rasa
Tak perasan
Aku nak hidup macam tu
Walaupun aku penakut
Semuanya berubah pada ketika itu
Termasuk hati aku

Rhendu


Bila aku bersama kau,
Belum pasti rindu itu
Akan hilang.
Aku cuma hilang akal

Menung

24 december 2015
Pada waktu aku termenung
Semua terfikir bahawa aku
Sedang
Betul betul buta
Tapi malangnya
Yang buta adalah mereka
Bukannya aku
Sedang aku termenung 
Bukan sekadar membuka 
Kini aku nampak segala-galanya