4fingers di nu sentral

So I am at 4fingers @ NU Sentral today and the place was awesome! and the food super duper awesome. 

nak datang 4fingers ni sangat sangat senang. naik ktm to kl sentral then turun jalan sikit naik escalator ke nu sentral pandang kiri terus jumpa 4fingers. 

 
tak sempat nak ambil gambar menu dia, sebab sis terlampau excited tapi korang boleh tengok kat google berlambak. so yah... 

lepas korang order kat kaunter, nanti dia bagi air and satu objek bulat ni hahaha. lebih kurang macam alarm la. ala macam restoran korea la kan. lepas bunyi je, korang kena gi ambil kat kaunter khas pick up. then dah boleh makan. 



jangan lupa ambil bucket ni sekali. untuk sampah sampah korang. hahahaha tulang tisu dah sebagainya. sepatutnya bucket tu ada plastik. tapi tah si fathaul muaz ni bernasib malang ambil yang tak berplastik. lepas makan macam biasala standard fastfood restoran korang kena kemas mangkuk mangkuk yang korang dah makan tadi di tempat yang di sediakan.


ni apa yang aku order tadi. cukupla sekadar rasa. 

BURGER; 
burger tu nama dia "B.F.F" . burger dia masam+manis. SEDAP. tambahan plak ayam dia tu tebal gilaaa. harga dia rm20.90. harga ni sekali fries and air

CHICKEN;
ayam rasa dia sama dengan burger. cuma ayam lagi pekat rasa dia. manis manis masam pedas. pedas k, ada 2 jenis ayam ni. iaitu garlic and hot. aku pilih mixed tapi aku tak sure dia mixed sos tu or ayam tu yang mixed macam 3 hot 3 garlic. harga sama and dapat fries and air juga

FRIES;
fries perisa kimchi. fries kimchi dia rasa masam masam, takda la rasa kimchi sangat. rasa macam serbuk uncle bob versi masam.
fries perisa seaweed plak. rasa seaweed la hahahaha tapi tak pekat sangat dan sedikit masin.


 nah total harga tadi. si fathaul muaz kata takdala mahal sangat biasa biasa. aku pun rasa macam tu. tapi nak makan hari hari tu idak laaa.


acah acah jap. aku kasi 8.5/10. hehehhe

APAA??! taknak try sebab takut gemuk???? jangan risau. SHAKLEEKAN ADAAA???


whatsapp and cakap bajet korang berapa! inshaAllah boleh tolong 😘

cerpen oleh Fathaul Muaz

          Embun menetes pada pagi yang hening itu, Zawi mengeliat bangun dari pembaringan lalu menguis-nguis mata menghilangkan sisa kantuknya. Dia bingkas bangkit mencapai tuala dan mengatur langkah ke bilik mandi untuk memulakan rutin hariannya. Zawi adalah anak kelahiran Johor yang biasa. Tiada yang istimewa tentang dirinya. Dia tinggal bersama ibunya, Mak Leha di Felda Inas, Kluang. Suami Mak Leha sudah lama pergi menghadap ilahi akibat penyakit buah pinggan. Zawi akur akan penyataan itu dan dia redha dengan ketentuan Tuhan.

         Dia mempunyai seorang abang yang bernama Zaim. Akibat tidak boleh menerima hakikat bahawa ayahandanya telah tiada, Zaim membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mencari sekelumit pengalaman tiik. Dia pergi begitu sahaja dengan meninggalkan sebuah nota ibundanya. Zawi amat membenci abangnya kerana berlalu meninggalkan dia dan ibu mereka begitu sahaja. Dia menganggap Zaim seperti kacang lupakan dan lupa daratan, sekaligus membuatkan dia tidak akan berhenti membenci abangnya. Episod lara dan tragik itu sesudah sahaja Zawi menghabiskan kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia-nya. Zawi bersyukur sekurang-kurang dia boleh mencari kerja sambilan untuk membantu meringankan beban ibunya.

          Hari berganti bulan, bulan berganti tahun, Zawi tetap tekun melakukan rutin hariannya iaitu bekerja mencari rezeki tanpa rungutan dan keluhan. Sudah ditanam di dalam dirinya adalah ibu adalah syurga dan jasa ibu jauh lebih dari segalanya. Tidak dapat dibayangkan kepayahan yang dialami oleh ibunya ketika berbadan dua mengendongnya ke hulur hilir. Dan keperitan yang diceritakan Mak Leha sudah cukup membuatkan Zawi berjanji untuk menghargai setiap perngorbanan ibunya yang tidak mampu dibalas. Ibunya menjaga dia bagai menatang minyak yang penuh dan dia juga perlu membuat yang sama. Setiap hari Zawi berikhtihar untuk mencari pelbagai kerja sambilan untuk membantu mencari sumber kewangan. Tidak kira kepayahan yang dialami, Zawi tetap gembira dan bahagia dengan kehidupannya. Tidak pernah sekali pun dia menyoal takdir dan ketentuan yang telah dirangka oleh Tuhan. Saban hari dia bersyukur kerana masih dikurniakan kudrat untuk menolong ibundanya.

          Zawi menyarung selipar nikenya. Gugusan kunci dicapai melalui dia menekan punat kunci. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta, mengambil tempat duduk pemandu kereta Honda Jazz miliknya. Tempat duduk penumpang disebelahnya pula diduduki seorang perempuan. Perempuan tersebut mengerlek ke arah Zawi lalu menguntum sebuah senyuman buat suaminya. Enjin kereta dihidupkan lalu pancuan empat roda it uterus bergerak memelah jalan raya menuju ke destinasi. Selepas beberapa jam perjalanan, kereta itu diberhentikan di pinggir jalan tanah merah. Zawi menapak keluar dari kenderaannya dengan membawa sebuah Yassin berkulit kuning di tangan. Papan tanda tanah perkuburan kampong Inas diamatinya lalu dia menapak menuju ke pusara ibundanya. Sudah enam tahun Mak Leha pergi meninggalkannya. Air mata syahdu mula bergenang lalu jatuh membasahi pipi tatkala Zawi terngiang-ngiangkan memori bersama ibunya ketika dia masih bernafas dahulu. Perempuan yang tersenyum tadi mengesat air mata suaminya yang teresak-esak.

         Lapan tahun yang lepas, ketika Zawi berumur 22 tahun, dia dikejutkan apabila suatu hari abangnya pulang ke rumah lepas lima tahun menghilangkan diri. Tidak tergambar perasaan gembira oleh Mak Leha melihat anak sulungnya pulang ke pangkuan. Wanita tua tersebut tidak pernah putus memancatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana telah mempertemukan dirinya kepada anaknya semua. Namun Zawi tidak menyambut mesra kepulangan abangnya kerana dia masih tidak boleh menerima hakikat bahawa abangnya sendiri mengabaikan dia dan ibu mereka. Zaim menceritakan tujuannya pulang adalah kerana dia ingin adik dan ibunya tinggal bersama dia di Kuala Lumpur. Sudah menjadi azam Zaim untuk membawa keluarganya keluar dari dunia kemiskinan setelah dia Berjaya di ibu kota kelak. Lima tahun dia membanting tulang bermandi peluh berusaha dan bermula dari sebatang kera, dia Berjaya menubuhkan syarikat barangan pembinaan sendiri seperti Zawi, dia juga sudah berjanji untuk membalas ibundanya. Meninggalkan mereka di kampong sementara dia mencari kejayaan di Kuala Lumpur merupakan pengorbanan yang paling sukar dia pernah lakukan. Namun, dengan berkat kesungguhannya, hasratnya telah tercapai. Setelah beberapa minggu bermasam muka dan perang dingin terbuka hati Zawi untuk memaafkan abangnya. Sebagai air yang dicincang tak akan putus, pertalian persaudara mereka kian pulih.

         Dua tahun mereka tinggal di Kuala Lumpur , Zaim dan Zawi tidak pernah lengkang menunaikan permintaan ibu mereka. Sekagala hasrat dan kehendak Mak Leha seolah-olah tercapai dengan di kurniakan dua orang anak yang amat menghargai jasa dan pengorbanannya. Walau bagaimanapun, tiada siapa mampu menyangkal takdir tuhan yang hebat, Mak Leha telah disahkan menghidap penyakit barah, sudah terlambat untuk berbuat apa-apa kerana penyakit barah Mak Leha sudah berada di tahap yang kritikal sebelum pemergian ibunda meraka, ruang bilik hospital yang diami Mak Leha diisi dengan dengan tangisan dan esakan yang tidak putus-putus dilontarkan oleh Zawi, Zaim pula sudah penat dan pasrah untuk menangis, dengan matanya yang dek kerana bersedih , dia hanya mampu memengang dan memeluk erat surganya sambal mengalunkan kelimah-limah yang amat menenangkan Mak Leha. Saat garisan di mesin denyutan jantung menjadi semakin mendatar diiringi oleh bunyi beep yang berterusan, maka kedua beradik itu sedar bahawa mereka telah menjadi yatim piatu,hanya tuhan yang tahu bertapa luluhnya hati meraka apabila seorang insan yang bergelar ibu.

          Mak Leha telah dikebumikan di kampung Inas,kluang iaitu tempat kelahirannya ia merupakan hasrat terakhir Mak Leha untuk dikebumikan disana. Selepas pemergian ibu meraka, Zawi dan Zaim meneruskan kehidupan mereka dan setiap tahun mereka tidak pernah lekang untuk pulang menziarah pusara ibu meraka di johor. Kedua beradik itu juga berazam untuk menjadi seorang berjaya sudah dapat membanggakan ibu dan bapa mereka. Sejurus selepas itu, Zaim telah diperjodohkan dengan seorang perempuan ketika dia sedang melawat pejabat yang bertanggungjawab menguruskan pemindah barangan import syarikatnya tidak lama kemudian mereka berkahwin dan dikurnia seorang cahaya mata yang telah menjadi penyeri hidup merek. Zawi pula telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA (UITM). Pada umur 25 tahun dia telah berkenalan dan berkawan rapat dengan rakan sefakultinya yang bernama Maisarah. Dua tahun kemudian, mereka pun telah bernikah dan selamat diijab kabulkan.

         Maisarah mengesat air mata dan menenangkan suaminya, Zawi yang masih teresak-esak menangis. Dia kemudian melirik memandang kubur ibu mertuanya yang tidak sempat dia temui itu. Tuhan lebih sayangkan wanita tua ini, bisik hatinya. Dia sering mendengar cerita dari suaminya tentang ketabahan Mak Leha membesarkan kedua anaknya dengan tabah dan sabar. Maisarah mengagumi arwah ibu mertuanya dan ingin menjadi sepertinya. Dia mengusap batu nisa menempatkan sedikit maklumat tentang si mati lalu dia berjanji untuk menjaga anak bongsu Mak Leha itu dengan sebaik mungkin setelah beberapa ketika, muncul sebuah lagi pancuan empat roda diberhentikan di belakang kereta Honda Jazz Zawi. Zaim melangkah keluar sambal mendukung anak keduanya. Dia kemudian menapak menuju ke arah pusara ibunya sambil beriringan dengan isterinya yang sedang memimpin tangan anak pertamanya. Dari jauh Zawi dan Maisarah sudah ternampak kehadiran Zaim dan keluarga. Zaim memandang adiknya lalu tersenyum. Zawi faham akan senyuman tersebut. Nampaknya azam mereka untuk meraih kejayaan dan membina kehidupan yang lebih baik untuk membuat kedua orang tua mereka bangga telah tercapai. Jasa serta pengorbanan kedua mereka yang sudah selama dibalas.


ditulis oleh;
                 Fathaul Muaz Hasbullah



*aku publish sebab tak sangka dia pandai menulis bha ha ha ha :') sis bangga jap 



balas dendam

bila kau buat jahat
selalu.
aku ingat kau biasa dengan kejahatan tu
tapi tak,
bila aku cuba balas
kau terus melenting
salahkan aku, langsung tak boleh terima
aku cuma nak kau rasa apa aku rasa.
sekejap je, test sikit je
sebab gaya kau macam pro
seolah perkara ini sangat kecil untuk kau
semua boleh rasa kejahatan kau
kau sedia memberi
dan kau yakin dia boleh terima
dengan hati terbuka
kau salah do
:p