Pages

james newton rodney moore....

hm erin cari gambar beliau tak jumpa so erin buat cam ni jer la....jangan mara eh...korang mesti tak kenal james newton rodney moore kan...erin pon tak knal...hahhahasbb tu erin nak cerita bagi korang kenal...

james newton rodney moore merupakan panglima angkatan tentera malaysia yang pertama.beliau dilahirkan pada 9 jun 1905 di australia barat dan anak kepada pasangan mejar jeneral sir newton moore dan isabella lowrie.bapa beliau pernah bertugas sebagai ketua cawangan perisikan bagi australia intelligence corps.rodney dibesarkan dalam keluarga yang mewah .ini kerana bapa beliau juga seorang ahli perniagaan  berjaya yang menerajui beberapa syarikat ternama di australia dan united kingdom.

dari australia,rodney sekeluarga kemudiannya berhijrah ke united kingdom.sejak rodney dilahirkan lagi,bapanya telah merancang untuk memasukkannya ke sekolah tentera.oleh itu,ketika di united kingdom,rodney telah didaftarkan di harrow school,middlesex  yang merupakan sekolah persendirian elit yang sangat terkenal.selain mendapat galakan daripada bapanya ,rodney sendiri sememangnya amat meminati bidang ketenteraan.beliau kemudiannya menjalani latihan pegawai kadet di royal military college,sandhurst yang bermula pada tahun 1923.

pada 20 oktober 1959,rodney tiba di malaya dan mula menjalankan tugasnya sebagai pemerintah tertinggi tentera persekutuan dan director of emergency operation and border security secara rasmi pada 26 oktober 1959.beliau dilantik menjadi panglima angkatan tentera yang pertama bagi persekutuan tanah melayu pada 5 september 1962.rodney memegang jawatan tersebut selama setahun,iaitu sehingga 31 disember 1963 apabila beliau dipanggil kembali bertugas di united kingdom.

No comments:

Post a Comment