Pages

kata hati.





Hati ini sering mengatakan mengapakah manusia perlu dilahirkan di dunia ini .  hati ini sering berfikir mengapakah Nabi Adam memakan buah  khuldi  yang dilarang oleh Allah s.w.t .  Sebagai pembalasan, mereka berdua diusir dariSyurga dan dihantar ke Bumi di mana mereka diampuni setelah bertaubat . jika mereka tidak memakan pasti kita sudah bahagia di syurga . hati ini sering menyalahkan Nabi Adam pada umur 9 tahun . mungkin pada itu aku belum tahu apa apa dan tidak matang lagi kini aku dapat menerima segalanya dan lebih positive berbanding sebelum ini . Allah s.w.t itu Maha Bijaksana jadi ada hikmah disebalik semua ini . hati ini sering mengatakan mengapa manusia mempunyai perasan yang pelbagai . dalam kepelbagaian itu mengapa aku mendapat perasaan yang sungguh menyedihkan dah sebagainya . astaghfirullahalazim , mengapa aku berfikiran sebegini . Ya Allah ampunilah hambamu yang serba kekurang dengan pahala ini .  Alhamdulillah , kini aku tidak memikirkan hal itu lagi . ada itu ada tapi tidak selalu . Ya Allah , perlukah aku berfikir begitu . bagaimana mahu menghilang berfikiran seperti itu lagi . hentilah berfikiran sebegini wahai rafzan fazren . buanglah jika ia tidak perlu difikirkan dan jangan terlalu memikirkannya kerana ini bukan urusanmu . Ya Allah bantulah hamba mu ini .

No comments:

Post a Comment