Pages

orang utan


kali ini,kawan2 akan belajar mengenai satu jenis haiwan yang diancam kepupusan,iaitu orang utan.

terdapat dua jenis orang utan di dunia,iaitu orang utan borneo dan orang lembut berwarna sumatera .haiwan  yang tergolong dalam keluarga kera ini berbulu panjang yang lembut berwarna kemerahan atau kecoklatan.haiwan ini bertubuh gemuk dan besar,berleher besar,mempunyai lengan yang panjang dan kuat,kaki yang pendek,dan tidak berekor.

tahukah kawan2 bahawa lengan orang utan seakan bengkok,namun sangat kuat .ini kerana haiwan ini menggunakan lengan untuk bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain,selain  memetik buah-buahan orang utan juga memiliki mulut yang besar dan lebar,sebaliknya,mempunyai mata dan hidung yang kecil.berat orang utan betina antara 30 hingga 50 kg.ketinggiannya pula adalah 

biasanya,berat orang utan jantan adalah antara 50 hingga 90 kg,manakala berat orang utan betina antara 30 hingga 50 kg.ketinggiannya pula adalah antara 1.2 hingga 1.5 meter.orang utan  jantan dewasa mempunyai pipi yang lebar yang akan membesar seiring dengan peningkatan usianya.

orang utan hanya boleh didapati di borneo (kalimatan.sabah,dan sarawak) serta sumatera,indonesia.malangnya.bilangan orang  utan semakin  berkurangan akibat aktiviti pebalakan ,pemburuan haram,serta perdagangan.dianggarkan,bilangan orang utan yang terdapat ddi berneo dan sumatera kurang daripada 60,000 ekor.oleh kerana bilangannya yang semakin jauh berkurangan saban tahun,orang utan telah dikategorikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan.

haiwan ini sangat gemar makan buah-buahan,terutama sekali buah pokok ara.selain itu,kulit kayu,pucuk pokok,serangga,madu,telur burung,dan bunga juga menjadi pilihan makanan orang utan.

taburan orang utan boleh didapati di kawasan dutan berpaya ,kawasan tanah rendah ,mahupun tanah tinggi.jangka hayat orang utan yang tinggal di hutan boleh mencecah sehingga 50 tahun .bagaimanapun,haiwan ini lebih gemar hidup bersendirian,kecuali ibu dan anak orang utan yang akan tinggal bersama.anak orang utan akan disusui selama enam hingga tujuh tahun.tidak seperti cimpanzi dan gorila yang berjalan menggunakan kedua belah kakinya sahaja.

tahukah kawan2,menurut maklumat daripada WWF, antara tahun 1985dan 1990,1000 ekor orang utan telah diimport ke taiwan bagi tujuan perdagangan.malangnya,bagi setiap ekor orang utan yang selamat tiba di  taiwan,tiga hingga lima ekor  orang utan yang lain mati ketika dalm perjalanan.menyedihkan,bukan?erin percaya kawan2 pasti ingin melihat haiwan ini terus wujud sehingga 50 tahun akan datang.betul,tak?

FAKTA MENARIK:

- orang utan mempunyai DNA yang sangat hampir dengan manusia,iaitu melebihi 90%.sebagaimana                    manusia,orang utan juga dikurniakan deria penglihatan,deria bau,deria pendengaran,deria rasa,dan deria sentuh.

- orang utan juga mempunyai lima jari tangan dan loma jari kaki,yang susunan jari-jemarinya mirip seperti manusia.

- jangka masa orang utan dewasa betina mengandung adalah sama dengan manusia,iaitu 9 bulan.

- tangan orang utan adalh dua kali ganda lebih panjang daripada kakinya.

- orang utan dewasa betina melahirkan anak sekali sahaja dalam tempoh antara 6 hingga 8 tahun.

- orang utan jarang turun ke tanah.90% dari masanya dihabiskan di atas pokok.oleh itu,penebangan hutan yang berlaku di borneo dan sumatera telah mengancam habitat haiwan ini dan sekaligus mengurangkan sumber makanannya.

-orang utan sangat pandai dan rajin membuat tempat tidur.setiap hari,haiwan ini akan membuat tempat tidur yang baru.dengan menggunaka ranting kayu dan daun-daun yang disusun pada dahan pokok,menjadikannya sebagai tempat tidur yang sangat selesa.






No comments:

Post a Comment