Pages

I miss my ABAH :"(



surat untuk abah :*

Surat untuknya, yang kini tengah senyum melihatku di surga. Surat yang ku ukir dari hati, agar ia membaca. Surat yang kutulis disini, hingga mereka tahu seperti apa rasa rindu ini padanya. Surat untuk ayah...


ayen ingat abah ...
bagaimana perlakuan abah sesama di rumah kita bah . tak peduli bagaimana ayen letih dan jenuh dengan gurauan abah yang membuat kan ayen paham erti sabar menjalani segala sesuatu dengan tulus . 

ayen ingat abah ...
tentang bagaimana abah menasihati ayen agar jangan memulakan sesuatu pergaduh . melainkan orang itu yang memulakan dulu . dulu masa umur berdarjah lagi ayen pernah mengadu kat abah kerana ada orang membuli ayen . abah marah ayen sebab ayen tak lawan balik . abah kata jangan takut dengan orang tu sebab orang tu yang mula dulu .

ayen ingat abah ...
bagaimana abah melayan haziq lebih daripada cucu abah sendiri . itu ayen tak kesah malah ayen senang .

ayen ingat abah ..
Ma kata senang je nak tahu abah dah tidur ke belum kalau nak tahu tengok kaki abah kalau gerak maksud nye tak tidur lagi . hmm sekarang ayen pun macam tu jugak abah . tak sah kalau tak gerak kan kaki . kita sama bah ! give me five !

ayen ingat abah ...
kalau abah pergi pasar ngan mami je . macam-macam abah tunjuk tapi satu habuk abah kat keluar . semua duit ma . haha , apala abah ni . maklum la abah ni kat kedekut :") ayen ingat lagi dulu time ayen mintak duit kat abah nak beli aiskrim kon yang kat motor tuh . ada yang 50 sen ada yang seringgit . ayen mintak seringgit kat abah tapi 50sen je abah bagi . tape la abah :")

ayen ingat abah ...
abah begitu degil untuk ke hospital . Ma penat memaksa abah untuk ke hospital . abah , mengapa abah begitu degil ? kalau abah dengar dari awal cakap Ma tu , mungkin abah tak akan meninggalkan kami sekeluarga abah . 

ayen ingat abah ...
selepas beberapa hari Ma memaksa abah untuk ke hospital . abah terasa mengigil satu badan dan sangat tak larat . selepas rase benda tu baru abah terfikir untuk ke hospital ? abah sudah terlambat kerana penyakit abah dah di tahap ke-4 , bah . 

*ayen ada baca satu artikel tuh , dia kate kalau menggigil macam tuh maksudnya 100 sebelum mati*

ayen ingat abah ...
abah kena tahan kat hospital beberapa  minggu dan abah terpaksa ulang alik ke hospital .  abah selalu tak lalu nak makan . kalau makan selalu muntah . kekadang ayen kesian kat abah . abah maafkan ayen sebab tak ada tolong abah masa abah tengah sakit tu . ayen ingat sakit biasa biasa je . 

ayen ingat lagi abah ...
suatu hari tu abah nak makan sesuatu . entah la apa ayen pun lupa abah . then kitorang beli . sebab selalu nye abah tak makan . abah kurus sangat masa tu abah :") hmm :( suatu malam tu abah tengah tengok bola sesorang , then abah nampak satu burung . entah burung apa tapi burung tu abah kate boleh hilang kan penyakit ke apa tah . burung tu masuk rumah kita ? macam mane boleh masuk pun ayen tak tahu semua kunci ayen rasa , pastu abah panggil acik suruh tangkap . abah panggil acik ? kenapa abah panggil acik ? acik tu tidur mampus abah tahu tak ?

ayen ingat bah ...
abah suruh abang cari burung tu . then abang dapat jumpa burung tu . abang beli . pastu ma buat sup . abah tak makan . abah hirup kuah dia je . selang berapa hari tu . abah muntah darah . tu maksud nya penyakit abah nak hilang dah . barah tu dah pecah .

ayen ingat abah ...
time tu hari minggu , ayen tak sekolah . mok datang die nak bawak balik abah nak gi berubat kat kampung . sebenarnya ma tak kasi tapi ma bagi je lah sebab tu kan ak abah . ma nak teman kan abah . tapi tak boleh ikut sebab kitorang sekolah , sape nak jaga . abah kata tape lah abah boleh jaga diri sendiri . tapi ma tak leh tinggalkan abah jugak . ma kate nak naik kapal terbang        balik kampung . berapa hari tu ma tak sempat bah balik kampung nak jaga abah sebab abah dah tak ada :"(  abah kenapa abah pergi terlalu awal , ayen belum cukup merasa kan kasih sayang abah . ye la abah duk kat kampung je .  
abah maafkan ayen kalau ayen ada banyak buat salah ngan abah .

Allah Azza wa Jalla... Berikan padaku saja penyakit yang diderita ibunda, jadikan aku tameng ia yang tercinta. Angkat segala pedih perih di tubuhnya, ganti semua lelah dengan senyum ceria di wajah.

Teruntuk abah , nantikan kami di sana. Di tempat yang Allah telah janjikan terhadap hambanya yang sholeh dan sholeha. Akan kusiapkan bekal untukku menemukanmu di Jannah. Ayah, ana uhibbuka fillah.

Demi Allah yang menciptakan rasa yang peka, air mataku tertumpah kala surat untukmu ini tertera. Semoga ia menjadi pendamping do'a, betapa tak sampai hati tanpamu dan menatap ibu yang kini terpaksa menjaga anak-anak dan cucu-cucu yang cukup nakal tu . 



ABAH tunggu kitorang semua eyh ?



No comments:

Post a Comment